Monday, March 29, 2010
enzimnoni-mengkudu | 9:43 PM |
Friday, 28 July 2006
MASALAH prostat, lemah tenaga batin dan andropause atau penurunan hormon lelaki adalah antara yang sering dikemukakan oleh pesakit lelaki di Hospital Selayang.
Ketua & Pakar Perunding Urologi Jabatan Urologi, Dr Rohan Malek berkata, tahap kesedaran yang semakin meningkat antara punca mengapa lebih ramai lelaki tampil bertemu doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah yang dihadapi mereka. “Berdasarkan rekod hospital didapati 60 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas tampil berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai gejala penyakit yang dihadapi. Antaranya seperti gejala prostat yang menyebabkan pesakit kerap bangun tengah malam untuk membuang air kecil dan aliran air kencing kurang deras. Kebanyakan pesakit menyangka ia normal dan berkaitan dengan usia meningkat sedangkan ia adalah penyakit yang memerlukan rawatan dan dikenali sebagai prostat,” katanya.
Katanya prostat atau masalah salur kencing tersumbat adalah antara penyakit yang sering dihadapi lelaki berusia 50 tahun ke atas. Ia mungkin disebabkan perubahan hormon dan boleh merebak menjadi barah jika tidak dirawat. Malah dijangkakan barah prostat semakin meningkat di masa depan. Berdasarkan kempen yang dijalankan oleh Hospital Selayang sebelum ini, dianggarkan 1 hingga 2 peratus lelaki ditemui mengalami barah prostat.
Satu lagi penyakit yang dihadapi lelaki ialah masalah berkaitan tenaga batin. Menurut Dr Rohan, walaupun semakin ramai lelaki bersikap terbuka untuk membincangkan mengenai masalah tenaga batin berbanding sepuluh tahun lalu, bilangannya masih rendah. Dianggarkan hanya 10 hingga 20 peratus lelaki yang lazimnya sudah berusia 50-an datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mereka sedar terdapat kaedah untuk memulihkannya. Selebihnya masih dibelenggu perasaan malu.
“Kebanyakan lelaki yang datang mengadu menghadapi masalah tenaga batin terdiri daripada lelaki berumur. Sesetengahnya datang kerana alasan tersendiri seperti beristeri muda atau selepas gagal memulihkan masalah berkenaan secara rawatan tradisional. Antara masalah tenaga batin adalah lemah keinginan seks, masalah ereksi, masalah ejakulasi (pancutan air mani) sama ada terlalu cepat atau tidak keluar langsung,” katanya.
Lemah tenaga batin boleh berpunca daripada kesan penyakit seperti darah tinggi, diabetis, ubat yang dimakan, masalah psikologi seperti keresahan atau tekanan, trauma dan masalah endokrin (hormon).
“Masalah seks juga disebabkan oleh pengurangan hormon lelaki (testosteron) apabila usia meningkat senja. Ia seperti menopause yang dialami wanita cuma bezanya hormon lelaki tidak putus terus tetapi tidak mencukupi. Bagaimanapun bukan semua lelaki mengalaminya,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment