100% Pure natural MORINDA CITRIFOLIA Noni Extract. Pure and deep color, it tastes sour and not sweet. Enzyme Noni or NONI FED, Noni has been recognized by the medical field as an immunization boaster for High Blood, Cancer, Sexuality,Allergy decreed symptoms,Heard Disease, Stroke, Diabetes, Obesity,Hypertension, Sleep Problems,Pressure, Allergic, Digestive, Breathing,Tired, Tiredness, Rheumatism, Brain Function Disorder & kidney.

TANPA CAJ PENGHANTARAN / POSTAGE FREE (Malaysia)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 29, 2010

Barah Payu Dara

enzimnoni-mengkudu | 9:43 PM |



Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut [1]. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.


Apa yang ingin ditekankan di sini adalah tentang konsep kesedaran payudara iaitu bagaimana untuk menjadi akrab dan mesra dengan keadaan serta kesihatan payudara sendiri. BSE memberikan sumbangan besar dalam membantu wanita menjalinkan hubungan rapat ini supaya mereka mengenali rupa bentuk dan rasa payudara apabila disentuh. Permulaan BSE sendiri setiap bulan pada peringkat awalnya bukan hanya bertujuan mencari ketulan tetapi lebih utama untuk mengenal bentuk, saiz serta tekstur normalnya.

Mengetahui apa yang normal (dan tidak normal) pada payudara anda umpama menekan suis antara kematian dan kehidupan. Jika anda kenal dan arif dengannya, bukan satu masalah bagi anda untuk mengesan sebarang perbezaan yang tidak ketara, tetapi mungkin serius. Perubahan-perubahan yang berlaku mungkin boleh dilihat dengan mata kasar atau mungkin hanya jelas selepas beberapa bulan. Ia mungkin satu tanda awal kepada sesuatu yang lain di bawah permukaan payudara.

Sekiranya anda telah biasa dengan rupa bentuk dan rasa sentuhan payudara sendiri, secara automatik mudah untuk mengetahui jika ada sesuatu yang tidak kena. Tanpa memori sentuhan daripada BSE berterusan setiap bulan, anda mungkin tidak akan perasan akan perbezaan kecil di peringkat awal. Sebarang perubahan hendaklah dibawa kepada perhatian doktor dengan segera.

Tanda-tanda yang perlu anda perhatikan :

- benjolan di payudara atau ketiak
- perubahan luarbiasa tekstur, bentuk dan saiz payudara
- kulit payudara bengkak, berkedut dan ke dalam
- puting susu tenggelam
- pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting
- kulit payudara berbintik seperti kulit limau

Usah takut dan panik sekiranya anda terjumpa ketulan kerana 9 daripada 10 benjolan yang ditemui tidak semestinya kanser. Sesetengah wanita berkecenderungan secara genetiknya untuk mewarisi benjolan pada payudara. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua gumpalan dalam payudara kerana kemungkinan kanser tetap ada dan hanya doktor yang boleh mengesahkannya.

Harus diingat bahawa BSE tidak boleh menggantikan pemeriksaan payudara klinikal tahunan (apabila mencecah usia 30-an) dan penyaringan mamogram berkala (apabila mencapai umur 40-an), bergantung kepada individu dan sejarah keluarga. Walaupun pemeriksaan fizikal oleh doktor mahupun mamografi dapat memastikan kesihatan payudara anda, BSE tetap penting bagi mengesan perubahan awal sebelum pemeriksaan doktor yang berikutnya.

Anda sepatutnya memeriksa payudara sendiri sekali setiap bulan, dalam tempoh 3 hari selepas haid berakhir ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid, iaitu tempoh payudara paling kurang bengkak dan sakit. Jika anda telah menopaus, kedatangan haid tidak tetap atau telah menjalani pembedahan histerektomi (membuang rahim), periksalah payudara anda seelok-eloknya pada hari yang sama setiap bulan. Golongan lelaki juga tidak terkecuali kerana mereka juga berisiko menghidap kanser payudara.

No comments:

Post a Comment